Pusat Rawatan Kaki Pesakit Kencing Manis Singapura

 

 

Klinik Pakar Untuk Pencegahan Amputasi

 

Lapan puluh lima peratus (85%) daripada amputasi anggota bahagian bawah badan di kalangan pesakit kencing manis adalah disebabkan oleh ulser kaki yang mungkin bermula daripada luka kecil di bahagian kaki.

 

Pusat Rawatan Kaki Pesakit Kencing Manis Singapura adalah pusat khusus yang memberi tumpuan kepada kaedah Podiatri untuk merawat dan menyembuhkan luka kaki pesakit kencing manis dengan cepat dan berkesan. Pusat ini juga berfungsi untuk menyediakan penjagaan kesihatan kaki secara menyeluruh untuk pesakit kencing manis yang berisiko, sama ada berisiko rendah atau berisiko tinggi, bagi mengelakkan amputasi kaki; sebahagian dari kaki atau kesemua bahagian kaki.

 

Strategi penjagaan dan rawatan di pusat kami adalah merupakan gabungan pakar-pakar perubatan yang terdiri daripada doktor-doktor pakar dari bidang perubatan keluarga, ortopedik, endokrinologi dan pakar vaskular. Gabungan penjagaan dan rawatan ini akan membantu dalam pengurusan dan pemulihan kesihatan pesakit kencing manis dengan baik dan cepat.

 

Misi Pusat Rawatan Kaki Pesakit Kencing Manis Singapura adalah untuk memanjangkan jangka hayat pesakit kencing manis melalui pencegahan amputasi anggota bahagian bawah badan.

 

Compression Wound Dressing | Singapore Diabetic Foot Centre

 

Penyakit kencing manis atau lebih dikenali sebagai diabetis kini semakin berleluasa dikalangan rakyat Singapura, dimana ia menjejaskan 1 dalam 9 orang penduduk. Pengidap kencing manis terbukti mempunyai risiko mendapat pengudungan kaki disebabkan oleh komplikasi kencing manis.

 

Dalam jangka masa yang panjang, kandungan gula yang tinggi didalam darah boleh merosakkan urat saraf dan juga saluran darah, lebih – lebih lagi yang berada dihujung kaki. Kerosakkan urat saraf disebabkan oleh penyakit kencing manis adalah dikenali sebagai neuropati. Apabila terjadinya kerosakan urat saraf, pesakit kencing manis akan kehilangan deria rasa atau sensitiviti di bahagian kaki. Ini membolehkan luka-luka dibahagian kaki seperti kulit melepuh, cedera dan membengkak, berlaku tanpa disedari. Luka-luka tersebut boleh menjadi ulser yang kronik atau ulser yang lambat sembuh serta berisiko mengalami jangkitan kuman.

 

Manakala, kerosakan saluran darah dalam bentuk penyakit vaskular periferi menghalang peredaran darah yang sangat diperlukan, lalu menjadikan luka lebih sukar untuk sembuh serta melarat akibat jangkitan kuman. Ini akan mengakibatkan komplikasi yang lebih serius seperti gangren basah dan akhirnya pemotongan sebahagian atau keseluruhan kaki perlu dibuat untuk memastikan jangkitan tidak merebak ke seluruh anggota badan. Bagaimanapun, prosedur ini perlu dibuat untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

 

Satu lagi komplikasi yang sering terlepas pandang yang boleh terjadi kepada kaki penghidap penyakit kencing manis adalah dikenali sebagai neuropathic arthropathy, ataupun penyakit kaki Charcot yang dikaitkan dengan komplikasi kerosakan saluran darah dan urat saraf. Apabila saluran darah dan urat saraf dibahagian kaki terjejas, struktur kaki akan menjadi lemah dan berubah bentuk dengan cepat serta mengakibatkan kecacatan di bahagian bawah kaki yang membentuk secara tidak normal. Masalah ini tidak boleh diabaikan dan mesti ditangani sebaik sahaja ia dikenalpasti.

 

Oleh itu, pencegahan adalah sangat digalakkan berbanding daripada merawat komplikasi kaki pengidap penyakit kencing manis. Kehadiran tanda-tanda seperti kecederaan pada kulit kaki, pembentukan kaki yang tidak normal atau jangkitan pada kuku hendaklah ditangani dengan segera bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah teruk. Di sini, kami mengurangkan tekanan tinggi di bahagian kaki, juga menggunakan kaedah rawatan ulser yang canggih, dan memastikan pengurusan penjagaan kaki yang optimum, bagi memastikan penghidap penyakit kencing manis menjalani hidup yang berkualiti.

 

Untuk harga dan bayaran kami, klik di sini.